Quantcast
Channel: Dunia Ieka Farhana
Viewing all 153 articles
Browse latest View live

Before And After Raya

$
0
0
Assalamualaikum


Belom terlambat lagi Ieka nak mengucapkan selamat hari raya kan? hehe kena fahamkan dan korang memang fahamkan? bagus tak payah start entry dengan modal yang sama ...


Pejam celik pejam celik wah sekejapnya dah raya dan ramadan berlalu pergi begitu sahaja kalau ada jodoh kita jumpa lagi yew ramadan akan datang (2015) ... Jadi memang terlalu banyak sangat dugaan sebelum nak balik raya harituh antaranya ...



Tiket bas terpaksa burn akibat ada lab exercise secara mengejut hari jumaat 25/7/2014 .. sedih tau beli tiket ni awal bulan sebab takut tiket habis lately tersangkut jugak dan hari sabtu baru balik ke kampung halaman takpe yang balik kan? tapi rasanya dugaan sem dua ni agak tough sikit tau aishhh hmm hmm ... tutup cerita ..

Cerita pasal raya korang semua dah update cecepat kan pasal raya yang Ieka ni terhegeh hegeh baru nak meng-update .. Alasan yang sama busy takde masa kahkahkah tapi nasib malam ni masih ada ruang nak update esok dah nak balik kandang aduhhh cepatnya kan? sabar lagi tiga bulan lepastu cuti sem plak .. Actually Ieka baru balik so nak menaip tu agak pemalas sikit jom layan gamba Ieka kalau korang sudi laa kalau tak sudi takpe Ieka tak paksa :p ..


First Syawal [ Johor Bahru ]



bak kata someone 
"tahun ni bergamba sorang mana tahu tahun depan berdua tahun lagi satu bertiga plak" 
hehehe pepandai betul org yang berkata demikian rupa kan?






i'm pretty in pink wekk wekk wekk ahaha ..
adik beradik Ieka dua jee :p takde duabelas pon kehkehkeh ..



jumpa lah sanak saudara setelah sekian lama tidak berjumpa even rumah memasing dekat ..


mereka rendah sayang mereka berdua muahmuahmuah xoxo


mamat purple dekat belakang tu setahun sekali jumpa dah lama tak jumpa mcm galah kalah okey ..
korang boleh kira berapa banyak tudung Ieka cuba pakai haha .. 

dan

cerita dia habis sini

dan


Second Syawal [ Batu Pahat ]

nasib memang baik sebab kampung ibu dan ayah memang dekat so takdelaa pening kepala nak balik kan? so untuk hari kedua kita balik batu pahat .. 



btw kita sorang jee esaited pakai purple masa 2nd day tuh sebab 



tema 2nd day tu bertemakan biru ahaks .. 
raya kedua ni tak banyak gamba sebab mood demam tiba tiba ..

Third Syawal [ Batu Pahat Lagi.. ]

masih di Batu Pahat lagi ...



dan hari ketiga ni plak Ieka masih lagi syok sendiri memilih tema warna biru sepatutnya tema biru tu utk hari kedua tapikan apa daya semua dah berlalu dan pedulikan keadaan dibelakang ..


bayangkan masa ni matahari menghadap pehh memang mata semua bajet nak sepet jee haha .. kantoii  pakai monopod hihi ..


routine tiap raya memang wajib ke kubur arwah makwe (nenek) dan atuk .. 
Al-Fatihah ..

maka habislaa cerita ... selamat malam





DIY : Locker Screen Phone

$
0
0
Assalamualaikum


Dah lama sangat tak share app menarik dengan korang kan? sedangkan nak update pon entah mcm takde semangat tapi harini semangat nak update tu membuak buak okeng sebab Ieka suka nak berkongsi ilmu dengan korang ...


siapa Android user disini sila jeling entry ni sampai habis ahaks XD

Siapa android user kekadang rasa iri hati dengan apple user kan? antaranya macam video app Meipai , ramai dikalangan android user esaited download app tersebut dan esaited itu menjadi sedih sebab tidak boleh mnukar bahasa cina manakala di Iphone mereka boleh menukar language untungnya siapa yang pakai Iphone.. sekarang Ieka bukan nak sharing psl Meipai tu tapi Ieka nak sharing Lock Screen phone yang iphone user cuba men-jealous-kan android user dengan ...



Ahhh kalau korang tengok pon geram kan? yess Ieka yang tengok buat pertama kali ni pon geram sangat .. nak beli iphong tak mampu cuma mampu melihat jadi laa kan? hehe tapi untuk android user skrang ni takpayah susah nak pergi download app "IOS lock screen" sebab sekarang ini ada satu app terbaru buat android user utk Lock Screen ni .. Korang cuma perlu download DIY Locker dan jom usha ada apa dalam app tersebut ..

Lepas korang dah download app tersebut pastikan korang download tu selamat
kalau selamat korang akan jumpa yang mcm dlm gamba di bawah ini ..






jumpa tak ? kalau tak jumpa sila uninstall balik pastu install sampai keluar yang dekat atas tu..
Okay lepas korang dah install dia akan keluar ..


dia akan keluar mcm gamba di atas kalau dah keluar gamba di atas maknanya korang punya installer ok ..
kemudian korang belek belek laa nak buat lock mcmana ....



dah click style dia akan keluar gamba di atas pastu korang godeh godeh sampai jadi
macam ............



I to the K to the A  to the IKA yawww~! so kawaiii~eeiiii
korang boleh edit sesuka hati korang janji korang happy dan lepasni boleh laa
jealouskan iphone user hihihihi....


selamat mencuba 



BAB 3 Kahwin 30 Minit

$
0
0
Assalamualaikum



Dah lama tak update mini novel kita kan? haishh bila dah sekali update macam nak update banyak kali tapi bila mood taknak update tu ya allah tak payah cakap laa pandang keyboard pon malas haihh ... Ok tanpa membuang masa Ieka akan update entry mini novel yang bab 3 actually nak jadi seorang penulis ni bukan mudah ye , bagi yang terlepas entry sebelum ini boleh rujuk di bahagian Hasil Karya Ieka Farhana dekat situ adalah entry lepas lepas yang korang wajib baca hehe ..


Awal pagi itu Indah sudah terpacak di Department Malaysia Kuala Lumpur International Airport (KLIA), orang yang dinantikan akan tiba pada bila-bila masa sementara itu Indah mengajak Abang Ash jejalan satu KLIA. Indah kalau dah pegang DSLR memang tak ada benda lain selain bergambar.
"Indah, abang nak tanya boleh?" Ash minta kepastian untuk bertanya.
"Abang ni tanya jelah tak ada bayaran akan dikenakan." jawab Indah dalam nada bergurau.
"Hehehe pandainya adik abang bergurau sekarang, siapa yang teman Indah hari itu eh?" tanya Ash dalam nada serius.
"Hmm Fika ke? Kenapa bang?" tanya Indah, sebelum ni Abang yang dia sorang tak pernah tanya pasal perempuan taktahu kenapa tetiba harini berminat nak tanya pasal perempuan lelagi kawan sendiri.
"Tak ada saja tanya, ehh tu Hilman dengan Riki dah sampai. Jom pergi dekat mama dan papa" Ash sembunyikan sesuatu daripada Indah tetapi tak apalah mungkin bukan masa yang sesuai.
Indah terus mempercepatkan perjalanan ke arah mama untuk mendapatkan kedua orang abangnya itu.
"Assalamualaikum mama dan abah sihat?" itu pertanyaan pertama yang ditanya oleh Hilman.
"Waalaikummusalam alhamdulillah mama dengan abah sentiasa sihat walfiat." jawab mama yang agak ceria sedikit apabila nampak Abang Hilman dengan Riki.
"Eh adik abang cantik sangat pakai tudung teruskan memakai okay sayang." satu kucupan hinggap di dahi Indah. Sayang betul abangnya dekat satu-satunya adik perempuannya itu.
"Tengoklah adik siapa kan." Indah cuba mempusing badan gaya seorang model.
"Kamu berdua berapa lama dekat sini?" tanya abah secara tidak langsung.
"Aikk abah kita orang baru sampai takkan nak menghalau." jawab Riki.
"Tak adalah kamu berdua tu bukan boleh lama dekat malaysia ni." jawab mama dengan nada sayu.
"Hmm sebenarnya kitaorang ada benda nak bagitahu tapi balik rumah dulu, cukupkan korum kelurga Encik Ahmad dan Puan Hafidah." jawab Hilman.
Pada malam itu keluarga Encik Ahmad dan Puan Hafidah kembali seperti biasa dah lama tak rasa macamni mana tak memasing sibuk dengan hal sendiri termasuk Indah Suraya pejam celik pejam celik dah sebulan dia belajar di Uitm Shah Alam.
"Papa Mama sebenarnya Ilman nak cakap sikit memandangkan semua dah ada better Ilman straight to the point." jawab Hilman secara spontan.
Semua mata di dalam rumah itu memandang susuk tubuh sasa Ilman kalau nak banding tiga tahun yang lepas Hilman masih lagi kurus macam tengkorak hidup mungkin sekarang dia dah pandai untuk bergaya.
"Macam ni ceritanya mama dan papa Hilman dah buat keputusan akan sambung Master di Malaysia sahaja sebab tak lama keluarga Encik Ahmad dan Puan Hafidah akan ditambah lagi seorang anak perempuan." jelas Hilman. Pada awalnya mereka semua samar sahaja kecuali Riki yang sudah tahu perkara yang sebenar.
"Tak lama lagi rumah Encik Ahmad akan ada menantu sulung." jawab Riki dengan nada gembira sampai nampakkan giginya yang tersusun rapi.
"Waitt!! Abang Fath belum bersedia nak berkahwin lagilah Riki." mencelah Indah sememangnya daripada tadi dia terfikir dua tiga kali siapa yang nak berkahwin sedangkan Abang Fath baru dalam perancangan sahaja takkan dengan secepat itu. Abang Ash? Tak usah ditanya sebab Abang Ash memang tidak berminat nak ambil tahu soal perempuan tapi tadi Ash ada tanya soal Fika. Takkan Abang Ilman pulak ke Riki sebab haritu dia excited sangat nak bawak UK mungkin betul kot Riki nak kahwin tapi umur Riki baru 22 tahun terawal bagi seorang lelaki. Terlalu banyak andaian yang Indah fikirkan.
"Adik abang sayang itu pun Riki tahulah tapi Abang Hilman nak kahwin." tanpa dengan sengaja Riki membocorkan rahsia Hilman.
"Anak mama nak kahwin? Betulkan haritu jangkaan saya bang. Alhamdulillah bila nak bawa bakal menantu mama, dah alang-alang Fath kamu pun boleh bawa sekali. Boleh kenal-kenal nanti." jawab mama dengan nada gembira. 
"Awak ni maa bawa bersabar bakal menantu awak tak lari kemana." Papa cuba tenangkan mama yang sedang bahagia nak sambut menantu bukan setakat seorang dua sekali.
"Mama cakap bila mama free dan bila semua orang dalam rumah ni free?" tanya Riki beriya macam dia pulak nak bawa. Yang pasti tidak lama lagi keluarga Encik Ahmad dan Puan Hafidah akan bertambah dengan kehadiran dua orang menantu sekaligus, hoorey lepasni Indah ada kakak.
"Riki gembira sangat kenapa? Yang nak kahwin tu Abang Fath dengan Abang Ilman bukan Riki ok. Oh ye mama haritu Riki ada telefon Indah dia cakap nak bawa awek UK.." belum sempat Indah nak habiskan ayat seterusnya Riki sepantas kilat tutup mulut Indah yang macam murai.
"Riki sakitlah adik buat macam tu." marah papa Ahmad. Sebaiknya Riki lepaskan haa tahu takut padan dengan muka.
"Erm maknanya Riki sorang akan stay dekat UK nanti?" tanya papa dengan serious.
"Nampaknya macam tulah paa terpaksa belajar berdiri di atas kaki sendiri." cehh buat ayat touching pulak Riki.
"Lahh kenapa kamu tak tukar sekali?" tanya mama yang turut simpati. Ahh Riki ni suka berdrama kalau bagi dekat dia memang jadi dan Indah sendiri dah masak dengan perangai abangnya itu.
"Boleh ke maa? Takpelah Riki selesa dekat sana in sha allah kalau Riki dapat sambung master nanti Riki sambung dekat sini. Kalau sekarang tak boleh mama." jawab Riki.
"Alaaa Mama dia ada awek dekat sana sebab tu susah nak tinggalkan UK kan Abang Hilman?" celah Indah sambil mengenyit mata dekat Hilman dan seluruh rumah Encik Ahmad ceria dengan gelak ketawa. Kecuali Ash yang dari tadi macam tidak berminat nak ambil tahu kan aku dah cakap Abang Ash ni pelik orangnya.
Malam itu Ash asyik memikirkan Fika kawan sebilik adiknya itu tetapi kenapa dia perlu muncul sekarang soalan yang bermain difikiran Ash sehingga lewat malam. Tekak Ash terasa dahaga dan rasa hendak minum. Ash masuk dapur terus membuka peti sejuk dan menengguk sebotol air mineral tanpa Ash syak sesuatu Indah telah menyergah abangnya itu dari belakang nasib baik botol air ditangan Ash tidak terlepas.
"Alalalala pelahapnya abang tenguk air tu." jawab Indah yang tidak ada rasa serba salah langsung pakal abang sendiri kalau orang lain dah lama kena dua biji penumbuk.
"Indah nasib baik botol tak terlepas kalau tak Abang kena marah dengan mama." Abang Ash seakan hendak marah Indah.
"Hahaha alaaa abang marah ke? Takmau serius sangat nanti kena jual kehkehkeh." gurau Indah kekadang membuat Ash sedikit terhibur.
"Indah abang laparlah." Ash mengadu lapar seperti seorang anak kecil mengadu kelaparan yang jadi mangsa nanti Indah.
"Abang Ash tahu tak sekarang pukul berapa? Dah nak masuk subuh tau." tipu Indah sememangnya baru pukul tiga pagi.
"Pandai eh buat lawak kurang pandai." dengan secara tidak sengaja Ash mencubit hidung mancung Indah. Sememangnya Indah tidak suka apabila hidungnya disentuh.
"Abang tahu tak hidung Indah ni aset utama tau kalau abang dah cubit nanti dah tak mancung lagi." Indah marah tetapi Ash geli hati dengan sikap adiknya tidak berubah.
"Alaaa Indah tak kesian dekat abang ke macam mana?" merenggek Ash lagi.
"Abang tadi dah makan ni nak makan lagi macam perut ikan paus jee." Indah berleter tetapi tangan tetap berjalan membuka almari dapur untuk mencari mee segera.
"Eh Indah cari apa? Lah nak masak mee segera je." kedengaran nada sedih dari Ash.
"Dah kira beruntung dapat makan, cuba abang tengok negara Islam yang lain kesian tahu tak." pehh bagilah Indah membebel memang esok tak habis.
"Yela abang bersyukur dapat mee segera dan yang paling beruntung dapat ceramah percuma dari ustazah Indah Suraya." jawab Ash acuk tidak acuk.
"Haha mengarutlah Ashraf. Hmm abang, Indah nak tanya tapi jangan marah ok." 
"Nak tanya apa? In sha allah kalau abang boleh jawab soalan Indah tu." 
"Abang kenapa tanya pasal Fika eh? Abang tangkap jiwang eh?" 
"Mana ada ah, Indah ingat lagi tak muka Kak Haifa sebijik macam muka kawan Indah tu."
Kalau nak bandingkan muka Haifa Batrisya dengan Fika memang hampir sama cuma Kak Haifa memiliki lesung pipit manakala Fika tidak mempunyai lesung pipit tapi bila mengenangkan balik apa yang Kak Haifa buat dekat keluarga aku memang agak memalukan. Bayangkan mereka bercinta bagai nak rak tapi pada hari yang dinantikan oleh semua orang dan Kak Haifa sudah buat hal pada hari sebelum pernikahan mereka. Malam itu Abang Ash dapat panggilan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bahawa Kak Haifa telah ditangkap khalwat bersama seorang rakan karib Abang Ash. Tak disangka masih ada lagi kawan yang sanggup makan kawan sendiri yang si Haifa ni pun sama dua kali lima. Makan masa dua tahun Abang Ash tinggal di Melbourne dan dalam masa dua tahun itu Abang Ash makin banyak berubah terutamanya apabila orang yang banyak bercakap menjadi pendiam bila ditanya akan dijawab sepatah dan paling ketara sekali Abang Ash suka menyibukkan diri di pejabat sahaja. 
"Abang ni maggi.. Abang past is past okay, kita lupakan semua tu mungkin dia bukan jodoh terbaik buat Abang. Allah S.W.T. berfirman Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki jahat untuk perempuan yang jahat manakala perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki baik utnutk perempuan yang baik.. (an-Nur':26)" lamunan Ash terhenti apabila Indah mengejutkannya dan Indah memberi ceramah berpanjang lebar.
"Hamboih adik abang pandai yew sekarang. Indah ingat pesan abang jangan pernah jatuh cinta dengan orang yang salah. Lagi satu perempuan yang jahat bukan untuk lelaki yang jahat sahaja tetapi disebaliknya." pesan seorang abang kepada adik.
"Aek aek captain don't worried trust me." Indah cuba menyakinkan abangnya.
"Indah, abang ada hadiah sebagai balasan yang dah masakkan maggi dan sudi temankan abang. Goodnight beautiful." Ash terus meninggalkan Indah yang sedang membebel sebab Ash pemalas nak basuh pinggan sendiri nasib baik abang kalau orang lain memang Indah baling pinggan dekat muka orang tu.
Pada keesokkannya, hari yang dinantikan semua orang telah tiba. Hari menyambut bakal menantu buat mama dan papa manakala hari menyambut ipar buat Indah, Riki dan Abang Ash. Memandangkan semua tetamu sudah berkumpul di ruang tamu yang ala-ala santai dan sedap mata tetamu yang berkunjung pandai Puan Fidah memilih konsep yang kena dengan citarasa semua orang termasuk seisi dalam rumah itu juga. Kelihatan bakal-bakal menantu Encik Ahmad dan Puan Hafidah masih malu lagi takpe nanti bila mereka dah kenal siapa keluarga Encik Ahmad mesti takde malu macam sekarang.
"Fath kamu mulakan dulu." arah papa.
"Papa, Mama perkenalkan ini Aimie Fathyah Binti Abdullah." Fath memperkenalkan bakal menantu mama dan papa. Dari segi gaya seorang yang manis bertudung, muka ada sedikit macam pan asian dan sedap mata memandang. Pandai Abang Fath cari calon isteri nak bagi double thumbs up lah gini.
"Adik abang tengok bakal isteri abang macam nak makan orang jew." semua mata tengok aku, memang aku tengok nak makan orang ke macam mana. Aku cuma tunjuk gigi sahaja menandakan aku bergurau.
"Kamu ni Aimie ada darah kacukan ke?" tanya mama. Eh soalan mama sama dengan aku mungkin naluri seorang mama dengan anak terlalu kuat hehe.
"Eh tak ada lah makcik saya memang melayu." jawab Kak Aimie dengan lembut. Lembutnya bakal kakak ipar yang seorang ni alahaiiii kalau nak banding dengan Indah memang susah nak masuk tapi Indah pun lembut juga jangan pandang sebelah mata okay.
"Oh ingatkan ada darah kacukan maafkan mama, lepasni jangan panggil makcik panggil mama saja." mama dah bagi green light dekat Kak Aimie. Kak Aimie mula tersipu malu.
"Kamu pulak Hilman taknak kenalkan bakal menantu dekat mama." mama beralih arah kepada pasangan yang comel di satu sudut sana.
"Mengumumkan ketibaan calon menantu mama dan papa yang jauh dari Aussie ke Malaysia yang diberi nama Nalia Elmaz Binti Shahrizat Elmaz dia ni junior Hilman dekat sana mama." semangat betul Hilman memperkenalkan calon isterinya.
"Apa khabar makcik?" pelat melayu Nalia membuatkan semua orang teruja dan tertanya dari segi perwatakan memang tak nampak macam melayu tetapi disebaliknya.
"Makcik baik sahaja. Kamu reti cakap melayu?" tanya mama.
"Sikit-sikit sebab saya ada darah melayu." Kak Nalia memberi senyuman manis walaupun masih lagi berpelat dalam bahasa melayu.
Seluruh seisi keluarga Encik Ahmad dan Puan Hafidah bertambah ceria dengan kedatangan dua menantu bertuah yang berjaya memikat hati kami sekeluarga, tetapi Indah terpaksa balik kerana esok dia ada sesi kuliah nak ponteng boleh tapi memandang esok pagi kelas bersama Puan Rasnah memang tidak jadilah. Petang itu Riki yang menghantar Indah balik ke kampus dalam masa yang sama telefon kepunyaan Indah asyik berdering. Indah segera mengangkat tanpa melihat skrin belum sempat orang yang menelfon itu memberi salam, Indah sudah memberi.
"Assalamualaikum yew cik Nazirah aku on the way balik ke kampus." semangat Indah menjawab tetapi orang ditalian itu diam tanpa memberi respon.
"Nazirah dah kenapa jadi bisu tadi dia yang excited sangat." sambung Indah tetapi Indah mula pelik bin ajaib kenapa tiada sebarang respon dan Indah melihat skrin. Apabila Indah melihat nama di skrin yang tentera nama si hantu muka Indah menjadi pucat lesi terus Indah mematikan talian sebab yang membuat panggilan itu beri dekat Izzuddin hantu.
"Siapa call Indah? Kenapa muka pucat ni? Hantu call Indah ke?" tanya Riki pelik. Macam tahu-tahu sahaja yang call Indah tadi tu hantu gemuk.
"Haa takde pape, Riki masuk lorong tu." arah Indah yang cuba menutup ketakutannya. Sampai sekarang kot Indah masih bergaduh dengan Izzuddin atau nama manjanya Izz tapi orang cakap gaduh-gaduh nanti kahwin ish taknak.
"Bosannya Riki dekat rumah nanti, papa dah sah-sah busy dekat klinik nak harapkan mama kalau dah dapat kunci kereta memang tak nampak rumah. Abang Ash? Tak usah dikata dia susah nak berbual dengan Riki. Hilman pulak sibuk nak dating je tinggallah Riki sesorang macamni alaaaa Indah tak payahlah balik." mengadu Riki sememangnya itulah yang Indah rasa selama mereka berdua tiada dirumah.
"Haa macamtuh lah Indah rasa Riki pergilah lepak jumpa kawan lama takpun cari awek Malaysia." jawab Indah tetapi dalam hati kasihan jugak.
"Malaslah awek UK lagi cun." jawab Riki sambil park keretanya diruangan yang telah disediakan oleh kerajaan.
"So maknanya betul Riki susah nak tinggalkan UK sebab awek dekat sana?" Indah cuba mengorek rahsia disebalik tabir.
"Takde so so Riki single available malas nak bercinta." jawab Riki dari hati. Tatkala itu mata Indah menjadi terpaku apabila melihat mamat bernama Nizam Quzairi berdiri di hadapan keretanya sememangnya lelaki ini memiliki aura tersendiri yang mampu membuatkan semua pelajar perempuan cair macam air batu termasuk empunya diri. Pada waktu yang sama mereka saling berpandangan dan muka Indah semakin merah macam buah tomato.
"Eh awak yang pernah nak terjatuh dekat bukit tu kan?" tanya Hairi untuk meminta kepastian.
"Err yeah awak masih ingat lagi saya eh." jawab Indah nak tak nak sememangnya Riki sedang memandang Hairi atas bawah ish gaya macam nak makan orang pun ada.
"Relaks sudah jangan buat muka cuak aku tak makan orang paling kejam pun makan ayam panggang Kenny Rogers. Kenalkan Riki abang kepada Indah kau boyfriend dia ke?" akhirnya Riki bersuara dengan spontan. Ahh Riki memang bangsa cakap tak pakai akal geramnya.
"Err tak bang saya kawan kelas dia dan saya Nizam Quzairi boleh panggil Hairi. Kereta abang ni cantiklah design teruja kot kalau bawak awek jalan mesti awesome gila." jawab Hairi dengan teruja.
"Tengok oranglah lagipun kereta aku takde memana awek yang pernah naik kecuali adik kesayangan aku Indah." makin rancak mereka berdua berborak pasal kereta habis yang aku ini macam tunggul. Tidak lama kemudian mereka berdua sudah berhenti berborak kerana Hairi meminta izin untuk pergi.
"Bestlah abang ni bolehlah share apa apa pasal kereta lepasni. Eh saya dah terlambat ni pergi dulu. Bye awak jumpa dekat kelas esok." Hairi meminta diri sambil memberi senyuman yang mampu membuatkan semua pelajar cair sehingga tiada yang tertinggal sedikit sisa pun.
"Boleh sahaja dan aku minta kau panggil aku Riki." cepatnya mereka berdua rapat. Memang betul kata orang lelaki tak ada masalah tentang kawan kalau nak banding perempuan yang suka pilih memilih dah macam cari baju.
"Kalau jadi adik ipar memang kena buli dengan aku tiap hari ehehe. Auchh..." jawab Riki dengan nada nakal dan tangan Indah menyubit pinggang Riki.
"Tak baik tahu tak berkat hidup mama kata." jawab Indah.
"Alaaa yang Indah nak cubit Riki kenapa? Indah suka dia?" Riki cuba bermain tarik tali.
"Mana ada sesuka sahaja nak menuduh."
"Memanglah mulut boleh kata tak suka tapi hati tak boleh nak tipu."
"Riki pergi balik cepat nanti mama risau tau."
"Ke Indah risau sebab nak terkantoi."
"Ish malas nak cakap dengan Riki byeeee." Indah menolak Riki dalam badan kereta Neo. 



bersambung ...



Segmen Mencari 20 Bloglist Bertuah

$
0
0

Assalamualaikum 



Setelah dua tahun tidak buat segmen ringkas harini kembali dengan segmen Mencari 20 Bloglist Bertuah bukan apa bila tengok sidebar terasa macam sikit jee macam nak tambah lagi tapi taktahu apa bila terpandang bloglist yang satu tu dan yang selalu update cuma abang ben dengan bro framestone ahhh yang lain jarang jarang hmm.. Memandangkan harini cuti jadi Ieka nak ajak korang join segmen ringkas Ieka ni ajak laa kawan kawan bagi memeriahkan suasana ni sebab segmen dia terlalu ringkas tapi maaf takde hadiah cuma Ieka nak letak link blog di sidebar Ieka mungkinlah korang punya blog boleh tambah trafik kan? Rasanya tak salah tolong orang hihihi tanpa membuang masa mari



JOIN !!



Syarat-syaratnya :-

  1. Mestilah bloggers warganegara Malaysia ..
  2. Tidak kisah korang berjantina apa janji korang ada jantina hehe..
  3. Sesiapa yang belum follow blog Ieka Farhana boleh lah follow terlebih dahulu bagi memudahkan Ieka blogwalking blog korang.
  4. Tidak perlu membuat entry sebab kita nak cuma nak buat yang ringkas sahaja..
  5. Anda boleh meninggalkan link blog anda dibawah....
  6. Sekiranya peryertaan ini melebihi 20 orang maka saya akan pilih secara Random.org..
  7. Sekiranya peryertaan ini tidak melebihi 20 orang saya akan masukkan anda dalam bloglist juga..
  8. Ajaklah kawan kawan anda join segmen serba ringkas ni sebab Ieka nak tolong anda utk meningkatkan trafik sahaja...
  9. Due date sampai Sabtu minggu depan sahaja ...

itu sahaja syarat serba ringkas dari Ieka.. senangkan? kotlah benda ini membantu Ieka kembali aktif macam dahulu kala takpon lepasni Ieka nak buat Giveaway yang gempak gempak gituh dan tak salah kalau Ieka menolong menaikkan trafik blogger malaysia huhu ... 






Nak Boikot Boleh Tapi ......

$
0
0

Assalamualaikum



Semenjak kebelakang ni asyik rajin jee menghadap lappy dan terus buka laman web blogger.com .. Biasalah dah kata Sabtu Ahad hari cuti better isi masa lapang dengan blog yang tercinta kikikiki.. Memandangkan harini Ahad dan esok dah start kelas sampai Jumaat tanpa berhenti harini kita bagi release jap .. Tadi Ieka ada terbaca pasal sticker MCD di www.bubblynotes.com dan Ieka jugak adalah terdengar dengar dua hari lepas ada orang kena pecah cermin tingkap kereta gara gara menampal sticker MCD-drive thru ... 



credit to Google Images


Nak dijadikan cerita ayah kepada tuan blog ni memang ada tampal benda alaa tu , masa raya tu adalaa salah seorang sedara belah ayah tegur macamni "Bang sekarang ni kita tengah menyokong Gaza jadi kalau boleh saya nak abg tanggalkan sticker tu nanti orang cakap kita sokong Israel.." ok setakat dia nak tegur cabut sticker tu boleh tapi masalahnya sekarang siap cakap Kalau tampal sticker tu macam skong Israel motif pakcik? so ayah Ieka buat tatau laaa ayah Ieka biarkan then ayah Ieka hantar Ieka balik ke Sabak Bernam minggu lepas yang ni Ieka nak cerita sikit tiap kali ayah Ieka parking kereta mesti ada mata orang kampung pandang kereta bapak Ieka macam tak puas hati maksud tak puas hati dekat sini macam nak bakar kereta bapak Ieka .. So Ieka tak boleh biarkan Ieka slowtalk dengan ayah Ieka "Ayah cabut jelah sticker MCD tu orang dekat sini terlalu mentaliti sampaikan satu tahap pandang kereta kita macam nak bunuh orang" then ayah Ieka pon cabut sticker tersebut ..


Bila Ieka terbaca pasal isu kereta mangsa kena pecah tu ya allah buat bertaubatlah orang yang menampal tu tak bersalah mungkin dia terlupa if tak puas hati pon sila buat cara baik.. Kepada masyarakat malaysia yang sedang boikot barangan Israel Ieka nak habaq selamat maju jaya jangan sekadar hangat hangat tahi ayam ..




Senarai Blog "Segmen Mencari 20 Bloglist Bertuah"

$
0
0

Assalamualaikum


Terima kasih kepada semua blogger yang memberi sokongan di Segmen Mencari 20 Bloglist Bertuah dan terima kasih kepada sesiapa yang rajin buat entry tuu even takde paksaan .. Alhamdulillah setakat ni Ieka dah blogwalking sambil follow lepasni korang boleh check link blog korang ada tak dekat bawah if takde sila drop komen tau kot laa terlepas pandang kan ...




  1. http://mulan-sahbanu.blogspot.com
  2. http://shalmilanadya.blogspot.com
  3. http://www.syahidahfadilah.com
  4. http://fionamauricefaith.blogspot.com
  5. http://sayapejuangbahasa.blogspot.com
  6. http://whiteroses2013.blogspot.com
  7. http://karyamahirah.blogspot.com
  8. http://farhana-mohamad.blogspot.com
  9. http://syaza-applemints.blogspot.com
  10. http://kaktusoren.blogspot.com
  11. http://swardah.blogspot.com
  12. http://eyqahasnan.blogspot.com
  13. http://awansamudera.blogspot.com
  14. http://mummysupplementshop.blogspot.com
  15. http://www.aimisyahirah.com
  16. http://terbitsangkancil.blogspot.com
  17. http://jindrisska.blogspot.com
  18. http://akukupukupu.blogspot.com
  19. http://norniwanie.blogspot.com
  20. http://nurainahanis.blogspot.com
  21. http://kapas-putih.blogspot.com
  22. http://kecekkira.blogspot.com
  23. http://ckecilberbicara.blogspot.com
  24. http://ka0rist0ry.blogspot.com
  25. http://mamapapaamir.blogspot.com
  26. http://mass-naim.blogspot.com
  27. http://izzeyda.blogspot.com
  28. http://greenfarra.blogspot.com
  29. http://eirza.blogspot.com
  30. http://httpterataiungu.blogspot.com
  31. http://www.feetrimahadzir.com
  32. http://syazdanny2329.blogspot.com
  33. http://www.syuhadasalleh.my
  34. http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com
  35. http://yuyueciutmiut.blogspot.com
  36. http://tetikusmerah.blogspot.com/
  37. http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com
  38. http://irsyahealthyhouse.blogspot.com
  39. http://dakkcique.blogspot.com
  40. http://loveneddy.blogspot.com
  41. who the next ??
Link blog sesiapa takde sila bgtau dan kalau yang belom join boleh tinggalkan link blog anda di entry 


Tahniah 20 Bloglist Bertuah

$
0
0


Assalamualaikum





Maka tamatlah sesi segmen ringkas kita pada harini terima kasih kepada blogger yang sudi memberi sokongan dan tidak lupa jugak kepada blogger yang terlalu rajin membuat entry walaupun simple as well kan? So macam mana berdebarkan nak tunggu result ecehhhh macam ambil result SPM plak kan? btw tahniah kepada yang bertuah dan kepada yang tidak berjaya jangan sedih kalau ada lagi in sha allah jangan lupa join ..



So korang semua dah ready ? 
**bunyi drum**



ok inilah 20 bloglist bertuah ..


  1. http://nurainahanis.blogspot.com
  2. http://shalmilanadya.blogspot.com
  3. http://www.aimisyahirah.com
  4. http://ummi2m2s.blogspot.com
  5. http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com
  6. http://norniwanie.blogspot.com
  7. http://irsyahealthyhouse.blogspot.com
  8. http://karyamahirah.blogspot.com
  9. http://terbitsangkancil.blogspot.com
  10. http://amfarra.blogspot.com
  11. http://greenfarra.blogspot.com
  12. http://dakkcique.blogspot.com
  13. http://eurukaseven.blogspot.com
  14. http://whiteroses2013.blogspot.com
  15. http://awansamudera.blogspot.com
  16. http://farhana-mohamad.blogspot.com
  17. http://mummysupplementshop.blogspot.com
  18. http://kapas-putih.blogspot.com
  19. http://eyqahasnan.blogspot.com
  20. http://kaktusoren.blogspot.com


Bloglist ni akan tamat tempoh pada 16/9/2014 so sesiapa yang rajin update Ieka akan terus masukkan link blog korang di





berusaha laa untuk mengupdate entry tak kira masa muahahaha ... btw thanks sesangat dalam target harituh cuma beberapa ketul tapi tak sangka ramai and thanks again kepada yang tak bertuah tu takpe boleh cuba join memana segmen blogger lain last but not least sesiapa yang ada juga mengajak Ieka join segmen sorry sebab Ieka memang busy ... huhu 


kepada peserta yang nak semak link blog atau blogwalking boleh ke






Fanatik Atau Sekadar Mengisi Masa Lapang

$
0
0


Assalamualaikum




Jam sudah menunjukkan 4.22 pagi (baru publish harini) dan aku dekat sini masih terpacak megah berduduk di depan laptop sambil melayan mata pada saat ini juga lah otak berfungsi untuk menaip entry baru .. Kalau nak tunggu aku update memang slow gila dan aku rasa untuk sebulan dua ni tidak berapa aktif mungkin akan ada satu entry sahaja sebab nak fokuss woiii lagi enam minggu nak final exam .. mata bengkek jee memasing otak lagi bengkak dan telinga bernanah akibat terkena bebelan pensyarah hehe tapi benda tu laa aku suka .. Tapi kita lupakan seketika fasal final exam sebab nanti korang yang membaca lagi sakit mata haha..

So memandangkan aku dah lama tak update entry aku cuba menyelongkar apa yang ada dalam laptop dan juga phone act aku jumpa macam macam tapi aku cuma nak update sometimes yang telah berligar di kepala otak sejak dahulu lagi cuma masih belom ada kekuatan untuk menaip entry begini ...




Amaran anti kpop jangan muncul kan diri anda di entry Ieka kali ini
siapa yang tiada niat nak bashing bole teruskan membaca ..


Dahulu masa form one pernah tersangkut tengok kdrama "playful kiss" and then terus malas nak layan kemudian masa masa abis spm ramai laa org bercerita pasal RM ni pada awalnya Ieka buat rileks laa dan dalam kepala Ieka masa tu terfikir "Ringgit Malaysia" kot tapi apa yang bestnya? disebabkan malas nak tanya Ieka still buat bodoh dan dulu Ieka ada laa join satu group whatsapp yang memang keyboard warrior jee boleh tahan dan anak buah dalam tu memang minat kpop ada jee masa terluang cerita pasal kpop dan Ieka ni memang tak minat langsung siap gaduh kpoppers vs directioner sebab masa tu Ieka memang minat oneD kalau tak percaya boleh rujuk entry I'm Directioner .. Lepastu Ieka biarkan jee bebudak dlm group tuh bergaduh berebut g-dragon dengan top ngahahaha kelaka kauu naseb baik Ieka kenal g-dragon, top tu siapa kalau tak memang kena pelangkung ... Ieka selalu cakap "anti kpop.. oneD lagi best" dan lastly terkena balik oneD kemana dan Ieka kemana..

Tak lama lepastu masa pergi KL my cousin ni memang nakal dia pancing tengok RM tu pada awalnya macam blur tatau apa dia merepek lately Ieka baru tahu apa tuu RM haha kelako kau .. Lepas balik JB terus whatsapp cousin tanya pasal RM tengok dekat mana? Haa engko bayangkan aku ni dok menghatam ep 1 sampai ep 140 macamtuh yelaa kata baru lps spm dan aku ni cuti setahun so setahun tu menghadap RM sampaikan mak aku nak muntah tengok aku copp nk tambah satu sebab aku terlepas nak cerita sebelum lyn RM ada cousin aku ni ketawa terbahak bahak tengok RM yg aku dekat sebelah dia tanya "kau ni kenapa gila?" terus aku tidur sebab malas nak layan then aku juga tersangkut lyn RM tu .. Lepas kau dah tengok RM tu mesti seacrh siapa artis tu sampailah aku jumpa exo .. ngahaha siapa exo tu ?


tak kenal ? sila buat buat kenal k .. haha


pada awalnya aku ni cuma peminat tegar 2pm sebab aku cuma suka nickhun disebabkan 2pm dah tua aku pon beralih arah yang muda muda sikit .. ni aku nak cerita sikit masa mama awards tahun lepas budak dekat twitter bergaduh pasal kpop exo vs infinite kelaka kau time ni Ieka takde laa minat sesiapa lagi lepastu masa Ieka duduk asrama ada juga kwn mendajal ajak Ieka tengok "Exo Showtime" apaaa lagi start daripada situ terus jatuh hati dekat EXO start aku minat dorang terus aku buang lagu melayu hahah kejam tak? tapi aku taktahu laa aku fantik ke atau sekadar suka suka sahaja sebab aku dah boleh kumpul t-shirt WOLF 88 tu then dlm laptop gamba dorang belom lagi kdrama yang lain ..




banyak aku padam sebab bapak aku bising hehe ..


majoriti EXO ngeeehhh 


ehem lagi satu ada dua blog kpoppers aku suka baca macam blogger sally samsaiman yang suka CN Blue lagi satu fiqa nsz yang suka Infinite tapi dalam blog aku ni random nak update apa aku cuba elakkan update pasal kpop sebab aku ni kalau dah bercerita memang mengalahkan makcik makcik yang suka mengumpat tu hehehe ..





last but not least harini jee update kpop jom tengok comeback super junior yang masih baru dan hangat dipasaran ..






Bila perempuan berhadapan satu situasi

$
0
0

Assalamualaikum




Bila malam otak ini terus berfungsi dengan secara lancar entahlah bila dalam kelas kemain otak jadi stuck ---
Sementara mencari idea akhirnya dapat jugaklah idea tu datang walaupun bukan idea sendiri atau copy + paste tapi apa salahnya kan nak share sebelum nak credit kawan fb yang tidak dikenali **saya copy tau tau tau even awak tak baca blog kita huhuhu ..





AMARAN Kepada perempuan sila beri perhatian !!!

Bila perempuan berhadapan satu situasi ...

SITUASI 1

Seorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam dan seorang diri tetiba ada seorang lelaki tak dikenali nak naik sama, apa nak buat ?

Jawapan pakar :- Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.


SITUASI 2

Ada lelaki berjaya memecah masuk rumah yang kebetulan perempuan itu bersendiri di rumah, apa nak buat?

Jawapan pakar :- LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!


SITUASI 3

Tengah berjalan-jalan dekat satu laluan tetiba ada seorang mamat follow anda dari belakang, apa nak buat?

Jawapan pakar :- UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!


SITUASI 4

Katakanlah baru sampai KL ke JB waktu pada masa itu malam dan kebetulan famili tak ambil jadi anda membuat keputusan untuk menaiki teksi tetapi pemandu teksi tersebut agak lain macam, apa nak buat?

Jawapan pakar :- Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.


SITUASI 5

Oklah dah ambil no plat teksi , nama pemandu pun telah dicatat dan dah buat call famili tetapi sekiranya pemandu teksi tersebut buat hal. Menukar arah lain atau menuju ke hutan, apa nak buat?

Jawapan pakar :- Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

sekian .. (semoga dapat membantu korang semua)

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!




Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

The Versatile Blogger Award

$
0
0


Assalamualaikum


I was nominated by Aiman Arif btw thank you
 finally i decide ada idea nak update so let's check it out




Syarat yang wajib kena korang ikuti

 ✔ Thank the person who nominated you.
 ✔ Provide a link to the person's blog.
 ✔ Write 7 facts about yourself.
 ✔ Nominate 15 bloggers of your own and tell 
them
.


FACT #1 : Allergic Spesis Ikan


Well as you know tiada manusia yang alergik dengan ikan tapi Ieka dikecualikan pernah makan ikan secara mendadak finally dapat virus bibir bengkak dan gatal taktahu kenapa? nak cakap alergik seafood tak sebab Ieka makan semua tapi ikan ni tak pasti kenapa dan mengapa? Pelik kan?

FACT#2 : Decide Nak Masuk PSIS


PSIS itu apa , lagi sekali Ieka kenalkan PSIS itu Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam Selangor taktahu dari form 4 lagi nak belajar dekat psis even dpt twaran lagi better dari psis tapi dah rezeki kan? nak buek macam mana? kot laa jodoh dekat sini katanya !!

FACT#3 : JDT Luaskan Kuasamu


Owner ini memang asal dari Johor Bahru tapi ramai yang cakap dari Selangor .. Korang Ieka ni anak jati johor tau mak pak Ieka pun dari johor so tiada unsur ke-selangorean dalam diri .. Kalau belajar dekat selangor itu yew ..

FACT#4 : Mix Blood MALAYBUGIS


Okay ini nak jadi kejakunan sekejap haha .. Korang tahukan dekat Johor ada unsur Bugis, Jawa dan Boyan actually Ieka salah satu dari sekauman tersebut even ayah tak cakap bugis cuma atuk sahaja tapi ada jugak darah mengalir  bugis tapi tatau nak cakap bugis yang peliknya boleh faham org jawa cakap apa.. eh aku ni jawa ke bugis? HAHA ntah laa teman pon tatau..

FACT#5 : Diploma Islamic Banking


Sebenarnya Ieka minat akaun suka subjek yang kira kira ni bila nak masuk psis ni pernah apply subjek tersebut tak kesah laa belaja apa yang pasti ada akaun katanya dan pernah juga Penasihat Akademi tanya "adakah IT Networking pilihan pertama? kalau bukan sila kemukaan bidang apa yang awak nak ceburi" skema k soalan dia .. Ieka pun jawab "pilihan pertama bukan subjek IT tapi berkenaan subjek akaun dan saya tahu dekat poli cuma ada kos islamic banking tapi saya rasa jodoh saya tak berpanjangan dengan subjek akaun jadi saya akan buang minat akaun saya haha" actually masa tu tengah berubah hati anyway IT the best..

FACT#6 : Overfriendly


Kalau first time kenal rasanya memang Ieka diam seribu bahasa tapi kalau dah lama kenal nanti kau tahu ah langgit ni tinggi ke rendah. Kekadang Ieka ni terlebih friendly orang tak kenal pon Ieka walaupon tak pernah kenal langsung , kekadang makcik cleaner dlm toilet tu pon Ieka berbual rancak tauu kau hado?! Aku bersyukur dengan nikmat tuhan beri ..

FACT#7 : Tolak MASSCOM Tolak Bidang Ekonomi Tersangkut Bidang IT


Jodoh Ieka dengan Ekonomi tidak berpanjangan akhirnya Ieka tersangkut jua ke Bidang IT walaupun sebenarnya Ieka memang suka ekonomi but ini namanya takdir tahu taa? Dan Ieka pernah tolak MASSCOM di UiTM Shah Alam sebabnya Ieka confius dan akhirnya Ieka buat istikharah bukan istikharah cinta tapi untuk memberi pertunjuk yang lebih baik dan akhirnya Ieka decide ke IT .. Mungkin ada hikmah disebaliknya perancangan Allah kita taktahu kan?


Maka selesailah aku menaip ketujuh fakta and 

//sila ready\\

Syaza//Uzu//Yumida//Farah Waheeda//Aina Akmal//Mahirah//Farhana Mohamad//Sally//Si Daun Ceri **doesn't know your name//Farra//Fadhliela//Cik Oren and tak ckup tiga sebenarnya but Ieka nak tag siapa yang baca entry Ieka ni







Final Exam Is Coming Soon

$
0
0


Assalamualaikum


Harini just nak update sikit sebab owner dia kekadang kalau dah pemalas memang tak boleh kata apa dah just nak ingatkan diri sendiri final exam semakin hampir .. 


Another 4 weeks left so let's fighting




Kau nampak tak semua subject killer kalau tak nampak memang kau cari nahas kaa


Minggu sebelum final

Pensyarah struggle nak habiskan chapter
Pensyarah bagi assesment yang dia kumpul awal sem
Pensyarah sibuk nak buat kelas ganti
Pensyarah excited nak tengok kita jawab final
Test dan Quiz keliling pinggang 


So gais yang akan menduduki final tak lama lagi 
"Do your own best dan kalau boleh jangan study last minute"



AJA AJA FIGHTING :)





Cerita Korban

$
0
0


Assalamualaikum


Happy Eid Adha semua ... 



Rendang dah selamat masuk ke dalam perut belom? Ika dah selamat masuk ke dalam perut eh bukan Ieka yang makan diri Ieka hahahaha ... maksudnya rendang tu hihi .. apadaaa Ieka cakap serupa bangla nenonenone..


Disebabkan harini raya haji jadi kita ambil peluang untuk  meng-update blog yang dah macam rumah hantu sebab dah lama tak update ahahaha .. Cerita pasal korban ni rasanya pagi tadi first time dalam sejarah pergi tengok korban selama ni tengok dekat tv nak dijadikan cerita... 


Ieka ni muka boleh tahan sado lah tapi hati Ieka lembut macam kapas ngahaha ... tapi tadi ....







masa nak sembelih tu mulut ni dah mengadu dengan puan ibu "Ibu kesian laa dia", "Ibu nak menangis", "Ibu nak balik umah tak sampai hati and finally puan ibu suruh Ieka balik lepastu mengadu dengan group whatsapp **ni gedik kay ... dorang bagitahu yang aku lepas ni dah tak boleh makan daging ... k sedih memang sedih tapi kena terima hakikat sebab aku rasa kesian tadi ermmmm..


p/s : Lepasni Ieka diet uolls :p





Seribu Perasaan

$
0
0


Assalamualaikum



Skip taknak mengomel pasal dah lama tak update ke apa...



Harini Ieka berpeluang nak meng-update cerita yang takdelah cerita menarik cuma biasa biasa sahaja tapi adalah jugak benda nak meng-update daripada takde so now taknak membazirkan cerita .. As you don't know about me~ Ieka suka menginpirasi diri melalui kata-kata yang berunsur bermadah helah takdelah bermadah helah sangat cuma bolehlah~

Ieka suka baca puisi daripada puisi jalanan by fynn jamal, tulang kata dan sewaktu dengannya .. Ieka terfikir macam mana mereka boleh merangka satu puisi yang cukup bermakna dan mendalam ongputih kata deep! Dan Ieka mencari bagaimana mereka menghasilkan satu puisi itu ?! sebenarnya dorang menginspirasikan diri dorang dalam puisi eh betul ke? ke korang tak faham apa yang Ieka cuba sampaikan? hahaha Ieka pun tak faham apa yang Ieka cuba nak sampaikan tapi benda dah ditaip jangan dipadam hihi ... 

So Ieka cuba menginspirasikan diri dalam bentuk penulisan haa macam korang create blog ni lah korang buat blog sebab apa? sebab nak luahkan benda yang menarik dalam blog kan? Macam puisi jugak cuma puisi ni satu perasaan yang kita sukar untuk diluahkan.. Am I right? kalau salah boleh mencuba membetulkan yang mana ada..

Ieka nak share dengan korang satu hati yang mempunyai seribu perasaan , perasaan yang sukar untuk diluahkan dan penulisan tersebut satu peratus tanpa diciplak ..




Perempuan dan harapan menceritakan seorang perempuan yang menyukai seseorang dalam diam sehingga diberikan satu harapan untuk mendapatkannya menjadi musnah bila yang dia tahu lelaki itu cuma menganggap perempuan itu hanya kawan tidak lebih daripada itu ....



Repeat again, again & again menceritakan bahawa dimana seseorang yang sangat rindu akan bekas kekasihnya dalam pada yang sama hampir setiap hari dia mengulang benda yang sama tanpa rasa jemu...



Sial dan tuah menceritakan kehidupan dua orang yang seorang ditimpa sial yang lagi seorang mendatangkan tuah .. mentaliti masyarakat mengatakan tuah membawa keuntungan dan sial membawa celaka tapi sejauh mana tuah dan sial boleh pergi?


Lakonan yang semata-mata di dunia yang mempunyai banyak penipuan untuk apa ditipu? untuk membuat orang lain rasa gembira? simpati? ataupun benci?



Bila dah move on orang kata jangan datang balik dan jangan datang merayu sebab tiada nada melepaskan selepas penyesalan?



Sebenarnya setakat itu sahaja dan korang boleh tahu siapa yang menulis? hahaha well aku takde laa arif sangat pasal puisi ni but aku cuba , orang kata belum cuba tahu .. Aku cuba untuk dapatkan satu puisi even dia tough .. Atas segala komen positif Ieka terima dan komen negatif juga terima sebagai pengajaran ..









Tips Shopping Online : Instashop

$
0
0


Assalamualaikum




Dah lama tak share tips dengan korang yelah update pun jarang sama sekali, Ieka harap ada orang sudi nak baca blog ni lagi even macam sarang labah-labah.. So harini kita nak cerita pasal 



Rasanya dekat sini mesti ramai yang suka beli barang online kan? tak payah pergi shopping mall dekat instashop jugak korang boleh rambang mata kan? alaaaa mengaku jee sebab Ieka pun selalu macamtuh tapi Ieka tak beli kalau Ieka nak beli , Ieka terus save number masa tu jugak hehe..

Dan disebabkan sekarang peminat tegar instashop Ieka nak bagi beberapa tips yang berguna kepada newbie sebab kekadang ada yang kena tipu so Ieka nak elakkan korang daripada kena tipu...


  • Followers Melebihi 1K ..




Tengok followers dahulu sometimes followers beriban ni ramai pelanggan tak mudah ditipu eh bukannya followers sikit ta kena tipu tau tapi ini basic step pertama korang kena tengok .. Kalau followers sikit ni (bawah 500) kebiasaan penjual tu masih newbie tapi kalau nak beli jugak belilah kena pandai menghadapi risiko ..



  • Feedback From Customer

**gamba hiasan kekonon Ieka ni penjual hahaha**


Feedback customer ni mana nak tahu? selalunya insta seller akan update feedback customer dekat insta memudahkan orang lain percaya bahawa mereka bukan fake insta so kalau kita nak beli pon kita yakin sebab apa? sebab ada feedback ...


  • Update Barang Sentiasa

Kalau update sebulan satu kali dan (1-5) gamba sahaja takpayahlah nak beli nanti ada yang menangis tanpa berlagu .. Bagi insta yang mempunyai followers beriban dan ada feedback customer dia selalu update barang seminggu dua tiga kali kekadang ada sesetengah insta tiap hari dia update so dengan cara ini korang takpayah risau kena tipu..

  • Check Tracking Number



**gambar dari gugel**

tracking number poslaju sangat penting , kalau korang beli barang korang kena minta tracking no and then check dekat website poslaju untuk mengetahui sejauh mana barang korang itu berada if seller kata nanti saya update tracking no dekat insta nanti korang check laa mesti ada if takde jugak try tanya seller tu sampai dia penat tapi jangan paksa dia tau..


Bagi yang suka beli barang dari luar negara pulak mcm barangan kpop hehehe





Mengambil masa sebulan untuk mendapat parcel dan seller akan bagitahu korang batch ke berapa if barang korang dah sampai seller akan update batch korang so jangan risau okay .. Barang luar memang mengambil masa lama sikit ...


Okay takat ni sahaja yang Ieka tahu kalau ada tertinggal tips korang bantu eh? hehe ..









Barista In De' House - Wishlist

$
0
0





Sukuan abad meninggalkan diari harian
Tanpa disentuh ataupun diusik
Meskipun hanya lalu tidak menjamah sebaris ayat
Alasan yang sama sudah membusuk basi
Dan kini aku kembali untuk meniti hari yang hilang
- STUDENT2015


Assalamualaikum dan selamat malam agak lama menyepikan diri taktahu masih ada lagi readers ataupun dah lari ? Untuk entry pertama Ieka pada tahun 2015 ni dan masih lagi awal tahun Ieka nak ucap "SELAMAT TAHUN BARU" kepada semua orang yang masih mengenali diri Ieka dan terima kasih kerana sentiasa stay di sini even ramai dah lari dari blog Ieka hehehehe.. 

So gais untuk first entry kali ini, Ieka nak share something yang dimana semua suka kan coffee kan? As you don't know about me, Ieka pencinta coffee yang tegar dalam erti lain Ieka suka kafein. Ieka tahu kafein tak bagus untuk kesihatan but normally kalau shopping tak beli secawan air di starbucks or coffee bean or chat time or sewaktu dengannya memang hidup nak shopping tu tak sah..

Nak jadikan semalam Ieka ni suka berimaginasi dari dulu lagi tetiba terfikir something "ibu rasa kalau bukak barista laku tak?" macam tu lah bunyinya. Weh Barista tu kau rasa apa yang aku rasa?



//sumber pakcik gugel\\

tak ada masa Ieka nak geledah dapur orang semata-mata nak ambil gambar mesin ni hehe.. bayangkan alangkah damai dan aman menikmati secawan coffee dan coklat muffins di waktu hujan di sebuah cafe barista berhampiran tingkap.. Ishhh macam best kan?

Kenapa tetiba terfikir pasal barista? Kebiasaannya di IPTA mahupun IPTS kita akan dengar seni kulinari ataupun Hotel dan Katering apa yang Ieka tahu ramai sangat orang sudah menceburi bidang ini kalau ada rezeki Ieka nak belajar pasal Barista baru ada kelainan.. Mesti akan ada mulut membasi cakap "kau membazirkan duit semata-mata nak belajar buat coffee macamlah dekat rumah tak boleh.." pedulikan orang nak cakap dan Ieka harap Barista akan jadi wishlist Ieka pada tahun ini atau tahun seterusnya...

Orang cakap dekat mana kita berada mesti ada seni tersendiri dalam latte pon boleh lukisan halus...





Kekadang pernah terfikir macam mana dorang boleh mengambarkan sesuatu di dalam latte? well sebab itu Ieka nak belajar manalah tahu suatu hari nanti boleh bukak barista sendiri mungkin itu satu wishlist jugak..


so apa pendapat korang tentang barista?










Character Mask Face Shop

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Tengok tajuk mesti kau orang tak sabar nak baca entry Ieka pagi ni kan? kan?

Dah lama tak share benda menarik dengan kau orang, yelah hari tu kata tak nak delete blog lah, nak pencen jadi blogger lah satu ayat pun tak boleh pakai Ieka ni. Betul orang cakap kalau kita dah sekali menulis (kata ganti menaip) memang susahkan nak berhentikan? Well Ieka back ada orang yang rindu Ieka tak? (perasan kan?),,



terkejut tetiba gambar ini menghantui hidup kau orang ? HAHAHA



Bagi peminat tegar kpop kau orang mesti pernah dengar character mask dari FACE SHOP kan? takpun pengguna setia FACE SHOP mesti kau orang pernah nampak  character mask ni kan? Baiklah bagi sesiapa belum tahu dan taktahu pasal character mask mari Ieka bagi tahu serba sedikit pasal character mask.


Image result for character mask the face shop



Character Mask The Face Shop ini popular brand Korea, terdapat lima character mask semua sekali iaitu panda, tiger, dragon, bear dan sheep. Character Mask ini kaya dengan moisture to dry and flaky skin with Hyaluronic acid Collegen. Bila buka mask tu nanti kau orang dapat feel muka glowing macam orang Korea hehehe lagi situ bau mask dorang ni wangi sedap sangat. So kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba character mask ini boleh mencari Face Shop berdekatan takpun bolehlah cari penjual yang menjual produk tersebut.

Ieka syorkan insta yang mana menjual character mask..




Semberani Part 1 & 2

$
0
0

Assalamualaikum



Apa itu semberani? Apa keistimewaan semberani ni? 

Baiklah kau orang sekalian malam ini Ieka nak share something tatau sama ada kau orang pernah layan ke tak video ini tetapi bagi siapa belum tengok jom kita layan. Actually video ini dah lama 10 bulan yang lepas memang best!!

Terbitan : Ustaz Kreatif Malaysia & Prisma Creative Media (PCM)
GenreSilent Movie, Fantasy, Sains Fiksye, Cinta Islamik


SEMBERANI PART 1 - SINOPSIS & VIDEO

SEMBERANI atau nama lain baginya adalah besi berani dalam bahasa inggerisnya magnet adalah sebuah filem pendek yang menampilkan watak seorang pemuda Fanatik dengan SEMBERANI. Perkara itu menyebabkan pemuda ini sehingga dia menjadikan SEMBERANI sebagai alat untuk mendapatkan cinta pandang pertama. Tetapi segalanya dengan kuasa Allah, Ratu hidupnya bukanlah cinta berasaskan kuasa SEMBERANI. Watak yang ditampilkan seorang pemuda dan Dua orang srikandi. Segalanya bermula apabila dia melalui sebuah pondok yang penuh dengan kenangan lalunya.




SEMBERANI PART 1 - SINOPSIS & VIDEO (SAMBUNGAN PART 1)

MAGNET menjadi senjata utama dalam menarik perhatian bidadari idaman hati. Namun, Athif gagal dalam memiliki malah sebaliknya, dijauhi Izyan. Tanpa Athif sedar ada insan yang sentiasa memerhati iaitu Ayu. Pelbagai dugaan & rintangan yang dihadapi, namun tetap berharap keajaiban TAKDIR dari Illahi. Apakah bisa cinta Athif sesuci cinta Agung antara Saidina Ali dan Puteri baginda, Saidatina Fatimah? Biarpun memendam rasa JODOH tetap menjadi milik mereka. Berjayakah Athif dalam memiliki cinta bidadarinya?



Apa macam ada best kah? 



Hijrah : Niqab Experience

$
0
0

Assalamualaikum





Entry kita pada kali ini bukan mahu menunjuk ataupun riak cuma nak share experience on wearing niqab mungkin entry kali ini dapat menjadi rujukan bagi sesiapa yang mahu memulakan untuk berniqab tetapi dalam masa yang sama dia takut. Ini cuma pengalaman sahaja ye.


First of all


Aku bukanlah datang dari keluarga yang alim ulama bukan juga orang-orang warak ataupun datang dalam kalangan ustaz atau ustazah dan cukuplah sekadar tahu basic agama alhamdulillah.

Aku juga bukan bersekolah Tahfiz atau Mahaad tetapi pernahlah bersekolah tadika agama "Pasti Al-Mahdi" dan bersekolah rendah agama itupun masa darjah 4 aku repeat sebanyak 3 kali dan dapat jugalah merasa naik darjah 5 tapi dipertengahan jalan saja. Di sekolah menengah aku tak ada lah nak score A++ dalam Pendidikan Agama Islam cuma kalau menghafal surah insyaAllah aku boleh.

Dan tipulah kalau aku sendiri tak ada kisah silam, masa tu tengah jahil lagi dan dunia remaja terlalu banyak cabaran. Orang sibuk nak couple, aku pun sibuk nak couple tapi itu dululah masa tiga tahun lepas, sekarang nak couple pun aku fikir dua tiga kali. Tudung memang on off bila depan keluarga bertudung tetapi di depan kawan atau boyfriend masyaAllah hanya tuhan sahaja yang tahu. Pakai tudung pun singkat dan tudung labuh cuma pandang tepi.

Sehinggalah satu hari aku terpandang seorang wanita yang menutupi mukanya dengan sehelai kain hitam pada saat itu hati terdetik "MasyaAllah tenangnya." Kemudian aku berjumpa lagi dengan wanita-wanita itu seperti itu dan hati masih berkata "Ya tuhan jadikan aku salah satu daripada mereka." tapi tak kesampaian lagi.

Tahun ini ibu dan ayah buat suprise nak buat umrah wajib satu keluarga jadi aku gunakan peluang ini untuk berniqab. Aku masuk kedai yang menjual peralatan umrah dan haji, masa itu aku terpandang sehelai kain hitam lalu aku terus menanya owner kedai yang aku panggil sebagai ummi "ummi niqab ini berapa?" dan ummi jawablah harga dia sambil menyarungkan niqab di muka setelah selesai disarung aku terus memandang wajahku dicermin masa itu juga hati aku sebak "Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini sudah lama mahu menjadi seperti ini akan tetapi tidak ada rezeki lagi." tuhan je tahu perasaan kita macam mana waktu tu.

Semasa di Madinah aku memang dah nekad sampai sahaja di airport Jeddah aku akan menyarungkan kain hitam ini ke muka alhamdulillah sepanjang di Madinah aku pakai nak makan pun aku pakai dan cuma di Mekah sahaja aku on off sebab kita kan nak buat umrah jadi muka tak boleh ditutup.

Dan kau orang nak tahu tak bila balik ke Malaysia benda yang aku paling rindu sekali adalah untuk berniqab. Aku cuba juga untuk keluar ke sini berniqab tetapi ibu melarang dan aku sangat marah pada ketika itu "susah sangat ke nak jadi baik?" aku tahu kenapa ibu tak kasi aku pakai  mesti ada sebab  diantara sebabnya aku harus memperbetulkan niat aku dahulu dan kena memperbaiki diri lagi.
Aku berharap one day aku dapat menyarungkan semula kain hitam itu di atas muka ini.


Wordless Wednesday #16 - Template Baru

$
0
0

Assalamualaikum kalian


Jangan terkejut korang memang landing dalam blog Ieka Farhana..



Dah lama tak tukar template blog before ini kita guna perkhidmatan Kak Sheda Ucu memandangkan dia dah cuti raya lagipun Ieka suka tukar last minute dan kebetulan juga Ieka dah lama tak merasa hasil kerja NNA jadi malam semalam juga tanya dan terus bagi details alhamdulillah dengan cepat dan pantas pagi tadi dah siap.

Cuma tema kali ini Ieka nak bagi kematangan sikit dalam blog, apa mcm matang tak?


Viewing all 153 articles
Browse latest View live